PRK Pelangai: Muhyiddin, Tun M turun kempen PN minggu depan

Muhyiddin, Mahathir
Muhyiddin, Mahathir
A
A
A

BENTONG - Selepas memanaskan 'enjin' kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dengan kehadiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, gerakan kempen Perikatan Nasional (PN) dijangka terus hangat dengan kehadiran dua bekas perdana menteri.

Dua tokoh tersebut adalah bekas Pengerusi Parti Pejuang Negara (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijangka hadir minggu depan.

Perkara itu didedahkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika Ceramah Umum PN di Felda Chemomoi pada Ahad.

Beliau berkata, Muhyiddin Yassin dijangka turun padang pada 3 Oktober nanti, manakala Mahathir dijadualkan membuat kemunculan pada malam kemuncak kempen.