Memiliki V29 5G seumpama anda menggenggam seluruh langit malam

vivo tampil dengan model warna Starray yang menawan, teknologi fotografi malam menakjubkan

A
A
A

No Image Caption

vivo mentakrifkan semula peraturan fotografi malam dengan model V29 5G, yang mengatasi telefon utama.

Beberapa tahun sebelum ini, kita akan jadi cukup stres bila nak merakam foto waktu malam biarpun dengan telefon pintar. Isu utamanya adalah masalah pencahayaan; disebabkan oleh cahaya malap, imej yang sangat jelas juga jadi tidak jelas bila dirakam, dan hampir mustahil untuk menangkap bulan dan bintang dengan jelas pada waktu malam.

Namun dengan perkembangan pantas teknologi dalam kamera telefon pintar, kini momen waktu malam anda yang penuh kemeriahan dapat diabadikan melalui lensa kamera telefon pintar.

Oleh itu, model vivo V29 5G, yang diperkenalkan oleh jenama peranti pintar terunggul di dunia kepada pengguna di negara ini, menjadikan impian anda untuk merakam foto pada waktu malam yang indah menjadi satu realiti. Tak perlu ada trick fotografi kerana keupayaan vivo V29 pasti akan memukau anda.

Menyala pada waktu malam dengan Aura Light

V29 membantu anda mengambil potret yang cantik dan mengagumkan pada waktu malam dan dalam persekitaran gelap dengan Aura Light, yang memberikan cahaya lembut sembilan kali lebih terang daripada denyar standard namun sama macam yang terdapat di studio fotografi profesional.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Teknologi Aura Light ini mencipta kesan pencahayaan tiga dimensi. Oleh itu, bayang-bayang pada wajah orang yang dirakam dan kawasan gelap di persekitaran dihapuskan. Fungsi Pelarasan Suhu Warna Pintar juga membolehkan kamera vivo V29 5G menyesuaikan diri dengan perubahan suhu warna yang turut menyokong Aura Light pada peranti dalam membantu pengguna menerangi objek dalam persekitaran yang bercahaya malap dan menyerlahkan ciri mereka. Beberapa teknologi inovatif memastikan prestasi fotografi yang cemerlang V29 dalam gelap:

Berbanding dengan model V27, vivo V29 5G menawarkan kualiti imej malam yang luar biasa dengan Kamera Penderia Ultra OIS 50 MP yang canggih. Dengan meluaskan pendedahan dan menambah input cahaya, ia memastikan imej yang sangat stabil dirakam dan ia menghasilkan kualiti imej yang unggul dan memuaskan dalam foto atau video walaupun dalam keadaan cahaya malap.

Rakaman menakjubkan dengan fungsi Video Ultra Stable

Dengan teknologi canggih V29, anda bukan sahaja boleh merakam foto yang menawan tetapi juga rakaman video anda juha pasti menakjubkan dengan merakam butiran pada waktu malam dengan cara yang terbaik.

No Image Caption

Ciri Video Ultra Stable, disokong oleh OIS dan EIS, memastikan penggambaran adegan malam yang lebih stabil dan jelas. Ia berkesan mengurangkan kekaburan yang disebabkan oleh pergerakan yang tidak diingini dengan melakukan sehingga 1.000 pengiraan penstabilan dan 10.000 pergerakan penstabilan sesaat untuk menangkap imej dengan jelas dan tepat.

Peranti pintar terbaharu vivo ini memberikan pengalaman menakjubkan anda tatkala anda melihat langit dan fotografi dengan Mod Super Moon. Teknologi terkini ini akan membantu pengguna merakam momen-momen paling indah di langit malam dan imej bulan paling terang yang sebelum ini hanya sekadar impian sahaja.

Begitu juga dengan fungsi Food Mode membolehkan pengguna yang gemar merakam hidangan kegemaran mereka setiap kali menjamu selera. vivo memang memahami minat, hobi dan kecenderungan para penggunanya termasuk mereka yang bergiat aktif dalam media sosial merakam gambar atau video makanan serta resipi masakan. Food Mode adalah jawapan terbaik kepada keperluan anda itu.

vivo V29 5G tampil menawan, bergaya dalam warna ungu berbintang dan hitam mantap

V29 5G Starry Purple ialah aksesori diri yang penting untuk anda bagi bergerak sealiran dengan fesyen terkini. Dengan tekstur pertukangan di belakangnya dan reka bentuk berbintang yang mempesonakan memang saling melengkapi dengan sempurna, menjadikannya seolah-olah anda sedang menggenggam seluruh langit malam di tangan anda.

No Image Caption

Model Starray Purple ini memang cute itu dan kelihatan bergerak apabila anda mencondongkan telefon dari sudut yang berbeza.

vivo V29 5G ini juga turut didatangkan dalam model warna Hitam menawan. Sesuai dengan tema warna gelap itu menyerlahkan lagi kehebatan teknologi dan kemantapan rekaannya.

Manakala reka bentuk badannya yang cukup slim dengan Skrin Melengkung Ultra-nipis membuatkan vivo V29 5G hanya seberat 186 gram saja dan ketebalannya pula cuma 7.46mm.

No Image Caption

vivo V29 5G akan memiliki skrin paparan 3D curved AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz. Ianya juga memiliki sokongan HDR10+ dan kepadatan piksel 452ppi.

V29 5G ini juga memiliki bateri berkapasiti 4,600mAh dengan pengecasan pantas 80W. Pengguna hanya memerlukan tempoh 18 minit saja untuk pengecasan 50 peratus jangka hayat bateri dan tak sampai sejam untuk pengecasan penuh. Memang sesuai sangat bagi mereka yang aktif menggunakan peranti pintar sama ada untuk bekerja atau berhibur.

Selain itu, vivo V29 5G juga hadir dengan cip Qualcomm Snapdragon 778G, 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

No Image Caption

Selain itu, V29 amat mengutamakan kesihatan mata para penggunanya dan untuk itu model terkini ini telah menerima tiga persijilan perlindungan mata gred profesional (SGS).

Harga V29 5G yang ditawarkan vivo juga memang berbaloi dengan prestasi dan keunggulan peranti pintar ini. Bagi V29 5G RAM 12G dan storan 256GB anda boleh milikinya dengan hanya RM1899, manakala bagi varian V29 5G RAM 12G dan storan 512GB pula dijual pada harga RM2099.

Jadi apa tunggu lagi, cepat buat pra tempahan segera kerana ada pelbagai hadiah percuma hebat yang bernilai sehingga RM995.

- vivo care 1+1* - RM199

- vivo care 1 tahun perlindungan skrin - RM399

- Skrin pelindung V29 - RM69

- Penutup pelindung (Protective Cover) V29 - RM69

- TWS Earbuds - RM259

Promosi eksklusif ini berlangsung di Kedai Konsep vivo dan bagi 20 pelanggan terawal pada 28 September ini bakal menikmati penambahan penstoran secara percuma.

Cepat-cepat kunjungi Kedai Konsep vivo berikut:

- vivo Concept Store KL East Mall

- vivo concept store Gurney Plaza

- vivo concept store KL Midvalley

- vivo sales and service centre Johor Midvalley Southkey

- vivo flagship store Pavilion KL

-vivo concept store Sunway Pyramid