RUU Sumber Air: Pembangkang saran Perak contohi Kedah, Terengganu

IPOH - Pembangkang menyarankan agar Perak mencontohi Enakmen Sumber Air Kedah dan Terengganu dalam isu pengecualian lesen dan caj terhadap aktiviti pengairan sawah dan bekalan makanan.
Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria berkata, menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Sumber Air yang dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin, perkara itu tidak dimasukkan dengan jelas.
Menurutnya, di bawah enakmen sama, Kedah menetapkan bahawa pemilik tanah bagi tujuan pengairan padi terkecuali daripada peruntukan manakala di Terengganu, diperuntukkan segala aktiviti saliran dan pertanian tidak perlu dilesenkan.
"Saya mohon supaya dalam RUU ini ditambah peruntukan atau klausa pengairan atau mengabstrakkan air bagi penanaman padi yang sepatutnya diberikan pengecualian lesen dan caj.