Taman Rekreasi Hutan Bakau Sijangkang

A
A
A
Penduduk kampung yang juga sukarelawan Zulbahrin Jamil, 55, dan Hamdan Karidi, 60 (kiri) menanam anak pokok bakau di Taman Rekreasi Hutan Bakau Sijangkang ketika tinjauan baru-baru ini.

Taman Rekreasi Hutan Bakau Sijangkang ini terletak kira-kira dua kilometer (km) di hujung pinggir Kg Sijangkang, Telok Panglima Garang dan lebih kurang 12 km dari arah Klang ke Banting di Kuala Langat dan mula dibuka kepada umum sejak penghujung tahun 2015.

Tarikan taman ini bukan setakat kepada keunikan pelbagai pokok bakau yang melebihi 15 jenis mahupun khazanah flora dan fauna tetapi juga titian yang diperbuat daripada susunan kayu sepanjang 1.8 kilometer yang memudahkan pengunjung menerokai keindahan panorama hutan bakau tanpa kaki dicemari selut.
Artikel Berkaitan: