Sanggup cuti tanpa gaji jaga ibu terlantar

Sumbangan bantuan kecemasan berupaya wang tunai daripada LZS dan pihak masjid turut disampaikan kepada Sofiah (dua dari kanan).
Sumbangan bantuan kecemasan berupaya wang tunai daripada LZS dan pihak masjid turut disampaikan kepada Sofiah (dua dari kanan).
A
A
A

PETALING JAYA - Demi kasih terhadap ibu, seorang anak tunggal sanggup mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga ibunya yang terlantar mengidap penyakit kronik kanser hati tahap empat.

Anak tunggal terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Sofiah mempunyai tanggungjawab lebih besar iaitu menjaga ‘syurganya’ yang kini terlantar sakit selepas menjalani pembedahan Ogos lalu.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan ibunya dibantu LZS dengan bantuan berkala, keperluan perubatan bulanan sebanyak RM550 sejak Julai dan kos pembedahan sebanyak RM6,000 bagi kategori Asnaf Gharimin pada tahun ini.

"Puan Sofiah bekerja di sebuah syarikat swasta dengan pendapatan anggaran RM3,000 lebih sebulan, namun membuat keputusan drastik (cuti tanpa gaji) kerana memikirkan ibunya terlantar dan tidak dapat menguruskan diri.