TNB peruntukkan perbelanjaan modal RM9.5 bilion

Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tan Sri Leo Moggie (Tengah) bersama Amir Hamzah (kiri) dan Nazmi ketika sidang media Mesyuarat Agung Tahunan TNB ke-29 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia ( MITEC), Kuala Lumpur semalam.
Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tan Sri Leo Moggie (Tengah) bersama Amir Hamzah (kiri) dan Nazmi ketika sidang media Mesyuarat Agung Tahunan TNB ke-29 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia ( MITEC), Kuala Lumpur semalam.
A
A
A
TENAGA Nasional Bhd (TNB) memperuntukkan RM9.5 bilion untuk perbelanjaan modal bagi tahun kewangan pada tahun ini berbanding dengan RM12 bilion pada tahun 2018.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amir Hamzah Azizan berkata, peruntukan lebih kecil itu berikutan projek loji Timah East Power (JEP) dijangka akan memulakan operasi pada tahun ini.

"Sejumlah RM6 bilion daripada jumlah itu akan digunakan untuk bahagian grid, RM2.5 bilion untuk bahagian penjanaan kuasa, dan selebihnya adalah untuk tenaga boleh diperbaharui dan pengembangan meter pintar.

"Segmen penjanaan iaitu sebanyak RM2.5 bilion akan diperuntukkan bagi kilang Generasi Tenaga Selatan (SPG) Pasir Gudang yang dijangka akan beroperasi pada 2020 dan Projek Solar Berskala Besar di Bukit Selambau, Kedah," katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) TNB di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie, Presiden dan Ketua Pegawai Kewangan TNB, Nazmi Othman.

Amir Hamzah berkata, baki daripada jumlah perbelanjaan modal ini diperuntukkan bagi jalur lebar optik fiber yang dijangka berupaya memberi sumbangan kepada kumpulan menjelang tahun hadapan.

Mengulas mengenai perkembangan pemasangan meter pintar di Melaka, beliau memberikan jaminan kepada pengguna bahawa TNB akan menyelesaikan masalah berhubung isu bil semasa yang didakwa tinggi selepas pemasangan meter pintar.

"Kami menyediakan pasukan untuk membantu menangani masalah dalam kalangan pengguna di Melaka. TNB merancang untuk memperluaskan pemasangan meter pintar di kawasan Lembah Klang dalam masa terdekat," katanya.

Selain itu, TNB juga akan meningkatkan kemahiran, pengetahuan, bakat dan kecekapan tenaga kerja untuk berdepan dengan cabaran dan perubahan keperluan dan jangkaan pelanggan.
Artikel Berkaitan: