BDB Energy, Pumar Solar Power jalin kerjasama teroka industri solar

BDB Energy Sdn Bhd (BDB Energy) mengumumkan kerjasama dengan Pumar Solar Power Sdn Bhd (PSP) selepas memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meneroka industri tenaga solar di Malaysia.
Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Raja Shahreen Raja Othman berkata, ia merupakan langkah strategik dalam merealisasikan komitmen BDB Energy sebagai syarikat tenaga boleh diperbaharui (RE) baharu ditubuhkan dan dimiliki sepenuhnya BDB untuk mempromosi sumber RE serta mengurangkan jejak karbon.
Beliau berkata, MoU itu turut menetapkan terma kerjasama mengeksplorasi peluang tenaga solar dengan memberikan tumpuan khusus di Kedah dan negeri berpotensi lain di Malaysia,malah cukup bermakna bagi BDB Energy kerana ia sejajar dengan objektif perniagaan strategik syarikat.
"Kerjasama tersebut selari dengan pelancaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) oleh kerajaan Persekutuan yang menetapkan sasaran RE sebanyak 40 peratus menjelang 2035 dan seterusnya 70 peratus menjelang 2050.