'Nama saya Pelangai, pengundi DUN Pelangai'

Muhamad Anilzan Pelangai menunjukkan MyKad miliknya.
Muhamad Anilzan Pelangai menunjukkan MyKad miliknya.
A
A
A

BENTONG - “Dulu masa kecil saya malu kenapa nama saya ada nama kampung. Bila dah besar, jujur saya cakap, saya bangga,” demikian menurut seorang pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang mempunyai nama sama dengan kawasan itu.

Muhamad Anilzan Pelangai Ramli, 38, berasal dari Kampung Jawi-jawi, Simpang Pelangai di sini berkata, nama tersebut diberikan oleh ayahnya dan hanya dia seorang daripada sembilan adik beradik mempunyai nama Pelangai.

“Mungkin kerana saya seorang yang membesar dengan nenek di Pelangai ni, jadi ayah namakan saya sempena nama tempat ini.

“Masa kecil memang terasalah (malu). Tapi kawan-kawan tidak ada yang mengejek-ejek,” katanya kepada Sinar Harian.