Nahas 14 kenderaan: Pemandu treler didakwa Isnin ini

Asmadi dan laporan Sinar Harian pada Rabu
Asmadi dan laporan Sinar Harian pada Rabu
A
A
A

PUTRAJAYA - Pemandu treler yang merempuh 13 kenderaan lain dalam nahas di Kilometer (KM) 5.7 Jalan Persiaran Utara, Putrajaya, Rabu lalu akan dituduh di mahkamah Isnin ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Asmadi Abdul Aziz berkata, reman terhadap suspek yang dijalankan sebelum ini telah dilanjutkan.

"Kertas siasatan berkaitan kes ini telah lengkap dan telah dirujuk kepada pendakwa raya, serta arahan telah diberikan untuk mendakwa suspek pada Isnin.

"Tuduhan terhadap suspek akan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.14 pagi itu, dua penunggang motosikal maut manakala tujuh individu lain cedera apabila sebuah treler merempuh 13 kenderaan di Persiaran Utara dekat sini.

Kejadian berlaku apabila kesemua kenderaan terlibat berhenti untuk memberi laluan kepada latihan konvoi Le Tour de Langkawi(LTDL) di lokasi kejadian.

Suspek yang merupakan pemandu treler itu kemudiannya diberkas bagi siasatan lanjut berkaitan kejadian.

Artikel Berkaitan: