Guna sistem automatik kurangkan peluang rasuah

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan disaran supaya memperkasakan sebarang urusan melalui sistem automatik yang boleh mengurangkan kerenah birokrasi sebagai langkah memerangi rasuah dalam kalangan penjawat awam.

Ahli Majlis Tertinggi Rasuah Busters Perak, Puteri Aisyah Megat Sharifuddin berkata, pelaksanaan sistem automatik dapat mengurangkan interaksi langsung yang boleh memberi ruang kepada budaya rasuah.

“Kerenah birokrasi sering dikaitkan dengan budaya rasuah yang mana ia mempengaruhi tingkat rasuah dalam pelayanan awam.

“Kebanyakan isu yang dikatakan kerenah birokrasi adalah daripada pengurusan yang rumit dan lewat dalam pengambilan keputusan.

“Ditambah dengan risiko penyalahgunaan kuasa dan diskriminasi dalam sistem birokrasi yang tidak berkesan, memberi peluang kepada penjawat awam tidak bermoral untuk memanfaatkan situasi ini dengan meminta atau memberi rasuah untuk mempercepatkan sesuatu proses,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Puteri Aisyah berkata, isu rasuah dalam kalangan penjawat awam boleh diurus dan dihapuskan dengan kerjasama semua pihak.

Katanya, kerajaan juga pada masa sama perlu lebih telus dalam setiap pelaporan rasuah.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!