42 butang kecemasan di lapan taman awam utama di KL

Kemudahan butang kecemasan disediakan di lapan taman awam utama di sekitar bandar raya Kuala Lumpur. - Foto Jabatan Wilayah Persekutuan
Kemudahan butang kecemasan disediakan di lapan taman awam utama di sekitar bandar raya Kuala Lumpur. - Foto Jabatan Wilayah Persekutuan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 42 butang kecemasan atau 'panic button' disediakan di lapan taman awam utama di sekitar bandar raya Kuala Lumpur di sini.

Kemudahan peralatan itu adalah usaha pihak berkuasa tempatan (PBT) Kuala Lumpur untuk meningkatkan tahap keselamatan warga kota ketika berada di taman awam sekitar ibu kota.

Perkara itu dikongsi Jabatan Wilayah Persekutuan dalam satu hantaran di laman rasmi Facebooknya pada Jumaat.

Menurut perkongsian itu, sebanyak enam unit butang kecemasan ditempatkan masing-masing di Taman Tasik Titiwangsa, Taman Botani Perdana, Taman Tasik Permaisuri, Taman Tasik Metropolitan Kepong dan Taman Metropolitan Batu.

"Sementara itu, empat butang kecemasan sama turut disediakan masing-masing di Taman Tasik Ampang Hilir, Taman Tasik Datuk Keramat dan Taman Tasik Manjalara," katanya.

Difahamkan, butang kecemasan itu adalah peralatan keselamatan tambahan selain daripada sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang sedia ada di taman awam sekitar bandar raya ini.

Artikel Berkaitan: