Kes bunuh penganggur: Tujuh suspek disambung reman tujuh hari lagi

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SUBANG JAYA - Tujuh individu yang ditahan sebelum ini berkaitan kes bunuh seorang penganggur ditemukan di dalam kereta, di Batu 14, Puchong, 6 September lalu, disambung reman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kesemua suspek sebelum ini direman setelah diserahkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

"Kesemua suspek akan disambung reman sehingga 27 September ini.

"Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat bagi tindakan selanjutnya," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Dalam kejadian pada 3 September lalu, mangsa berusia 26 tahun itu dilarikan sekumpulan lelaki di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, sebelum bapanya membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 4 September.

Susulan laporan itu, polis kemudian menahan empat lelaki sebelum memperoleh maklumat susulan dan menemui mayat mangsa dalam kereta Proton Gen2.

Kejadian dipercayai bermotifkan dendam akibat mangsa dituduh mencuri barang milik suspek utama.

Siasatan Polis Kuala Lumpur dijalankan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan atas kesalahan melarikan orang manakala siasatan Polis Kontinjen Selangor pula mengikut Seksyen 302 akta sama atas kesalahan membunuh.

Artikel Berkaitan: