Kes bunuh penganggur, 7 individu direman seminggu

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

SUBANG JAYA - Siasatan kes bunuh seorang penganggur yang mayatnya ditemukan di dalam kereta, di Batu 14, Puchong, di sini, pada 6 September lalu, diteruskan dengan tujuh suspek diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, permohonan reman telah dibenarkan ke atas kesemua individu itu.

"Kesemua mereka direman tujuh hari bermula hari ini (Khamis) sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Kesemua suspek sebelum ini telah direman sehingga Rabu oleh IPD Cheras bagi membantu siasatan kes melarikan mangsa.

Dalam kejadian pada 3 September lalu, mangsa berusia 26 tahun itu dilarikan sekumpulan lelaki di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, sebelum bapanya membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 4 September.

Susulan dari laporan itu, polis kemudian menahan empat lelaki sebelum memperoleh maklumat susulan dan menemui mayat mangsa dalam kereta Proton Gen2.

Kejadian dipercayai bermotifkan dendam akibat mangsa dituduh mencuri barang milik suspek utama.

Siasatan oleh Polis Kuala Lumpur dijalankan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan atas kesalahan melarikan orang manakala siasatan Polis Kontinjen Selangor pula mengikut Seksyen 302 akta sama atas kesalahan membunuh.

Artikel Berkaitan: