JDT waspada ancaman Jang

Kesebelasan kemungkinan JDT yang bakal diturunkan Solaris pada perlawanan itu nanti. - Foto FB Johor Southern Tigers
Kesebelasan kemungkinan JDT yang bakal diturunkan Solaris pada perlawanan itu nanti. - Foto FB Johor Southern Tigers
A
A
A

BIARPUN memiliki bekalan selesa, namun pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari tetap mengingatkan skuad kendaliannya itu untuk berwaspada apabila berdepan Negeri Sembilan FC pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Sabtu.

Menurutnya, skuad Hobin Jang Hobin itu dilihat mampu melakukan kejutan pada perlawanan berkenaan dan sekiranya kesebelasan Harimau Selatan beraksi sambil lewa, ia boleh mengundang padah.

“Ya, kita sudah mendahului 3-0, tetapi ia tetap satu perlawanan yang sukar. Jadi kami telah melakukan persiapan rapi bagi melayani kunjungan Negeri Sembilan FC.

“Bagi ramalan saya, mereka akan bermain bermati-matian bagi merapatkan jurang atau memadamkan terus defisit gol yang dimiliki JDT ketika ini.

“Oleh itu, kesemua pemain tidak boleh mengambil mudah perlawanan kali ini dan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan kemenangan,” katanya menjelang aksi suku akhir kedua berkenaan.

Untuk rekod JDT memiliki kelebihan dari segi aggregat hasil kemenangan 3-0 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 13 September lalu.

Begitupun, skuad Harimau Selatan kehilangan khidmat pemain tengah, Leandro Velazquez selain penyerang sensasi, Fernando Forestieri bagi perlawanan berkenaan.

Mengulas mengenai kesebelasan pemain yang bakal beraksi Solari berkata, ia masih belum dimuktamadkan setelah skuad Harimau Selatan itu selesai mengharungi aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Artikel Berkaitan:

Katanya, kesemua pemain perlu berada dalam keadaan cergas sepenuhnya sebelum diturunkan kelak.

“Tak ada kepastian lagi pemain manakah yang akan beraksi; tapi kita akan tengok kerana walaupun tewas 0-1 kepada Kawasaki Frontale, pemain tetap mempamerkan aksi yang bersemangat.

“Cuma kali ini, mereka perlu berikan fokus untuk berdepan Negeri Sembilan FC bagi meneruskan momentum kemenangan di peringkat suku akhir kedua ini,” katanya.

Sebaliknya mereka memberi fokus dalam persiapan berdepan Negeri Sembilan dan mahu meneruskan momentum kemenangan pada aksi suku akhir pertama tapi tetap berwaspada ancaman bakal dihadirkan pasukan lawan," katanya.