Pemandu cabut lari tinggalkan lori 'kantoi' buang sampah haram

Lori yang ditinggalkan di lokasi kejadian setelah dikesan membuang sampah secara haram di kawasan terbabit.
Lori yang ditinggalkan di lokasi kejadian setelah dikesan membuang sampah secara haram di kawasan terbabit.
A
A
A

BATU CAVES - Seorang pemandu lori bertindak melarikan diri selepas 'kantoi' membuang sampah secara haram di Jalan Nenas, Kampung Sungai Kertas pada Khamis.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berkata, kejadian berlaku sewaktu Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS mengadakan Operasi Sitaan Lori Sampah.

Menurutnya, pemandu lori terbabit bertindak meninggalkan kenderaannya di lokasi kejadian sebaik menyedari ketibaan anggota penguat kuasa.

"Susulan itu, lori sampah haram yang ditinggalkan itu telah disita dan dibawa ke depot untuk simpanan sementara.

"Kenderaan ditahan selama 30 hari sebelum pemilik boleh membuat tuntutan dengan menjelaskan kompaun sebanyak RM5, 000 termasuk caj simpanan dan sitaan terbabit," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, tindakan penguatkuasaan dijalankan di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah (MPS) 2007.

Justeru, MPS mengingatkan kepada pemilik lori untuk mematuhi undang-undang atau tindakan tegas akan diambil.

Artikel Berkaitan: