Rasa tidak sedap hati petanda kehilangan bakal tunang

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

PUTRAJAYA - Rasa tidak sedap yang dialami seorang jururawat menjadi petanda berita buruk mengenai bakal tunangnya yang maut dalam kemalangan lebih sedozen kenderaan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong, pada Rabu.

Farah Atikah Bakri, 24, berkata, dia rasa berdebar-debar selepas mendapat tahu mengenai kemalangan ngeri tersebut, sebelum berkali-kali menghubungi Faris Haziq Abu Bakar, 25, namun tidak berjawab.

Jururawat Hospital Putrajaya itu berkata, sebelumnya, dia ada menghubungi bakal tunangnya kira-kira 9.50 pagi dengan Faris Haziq menyatakan sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja.

"Bila tahu mengenai ada kemalangan di Putrajaya, saya hubungi dia banyak kali tetapi tidak angkat... kira-kira 6 petang, kakaknya maklumkan dia sudah tiada.