Parlimen Korea Selatan lulus usul pecat PM, tahan ketua pembangkang

Duck Soo - Foto AFP
Duck Soo - Foto AFP
A
A
A

SEOUL - Parlimen Korea Selatan yang dikuasai pembangkang pada Khamis meluluskan usul menggesa pemecatan Perdana Menteri, Han Duck Soo.

Sebanyak 175 undi menyokong, manakala 116 lagi menentang usul terbabit, lapor agensi berita Yonhap.

Parti Demokratik (DP) mengemukakan usul pemecatan kepada parlimen pada Isnin, menuduh perdana menteri tersebut tidak cekap sebagai ketua Kabinet dan menuntutnya bertanggungjawab terhadap dasar Presiden Yoon Suk Yeol.

Ini adalah kali pertama usul pemecatan terhadap perdana menteri diluluskan oleh Parlimen.