Kedai perabot terbakar

Keadaan kedai perabot dua tingkat yang musnah kebakaran pada jam 2.30 pagi tadi.
Keadaan kedai perabot dua tingkat yang musnah kebakaran pada jam 2.30 pagi tadi.
A
A
A

SIK - Sebuah kedai perabot yang terletak di Pekan Sik hangus dalam kebakaran kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Faizol Izwan Hang Tuah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.41 dan tiba di lokasi pada jam 2.47 pagi.

Katanya, kebakaran melibatkan sebuah kedai perabot dua tingkat kelas A dengan anggaran kerosakan 60 peratus.

"Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan.

Kebakaran melibatkan sebuah kedai perabot dua tingkat kelas A dengan anggaran kerosakan 60 peratus.
Kebakaran melibatkan sebuah kedai perabot dua tingkat kelas A dengan anggaran kerosakan 60 peratus.

Artikel Berkaitan: