Tiada ancaman bom di BNM, polis kesan sumber e-mel

Bank Negara Malaysia. Gambar kecil: Allaudeen Abdul Majid
Bank Negara Malaysia. Gambar kecil: Allaudeen Abdul Majid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menafikan terdapat ancaman bom berlaku di Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, polis menerima laporan menyatakan seorang pegawai di BNM menerima e-mel dengan menyatakan ada ancaman bom di premis tersebut.

"Tindakan segera melibatkan penugasan pembersihan di BNM telah dilakukan oleh unit pemusnah bom.

"Selepas lebih dua jam membuat pemeriksaan dan pembersihan, polis tidak menemui sebarang bahan letupan yang didakwa," katanya dalam satu sidang akhbar pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas meninjau pelaksanaan Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur fasa kedua yang bermula 15 September lalu.

Allaudeen berkata, dakwaan ancaman bom yang diberikan secara e-mel itu sengaja dilakukan untuk menakut-nakutkan orang ramai.

Oleh demikian beliau menegaskan, polis kini mengesan pihak yang membuat ugutan mendakwa wujud ancaman bom menerusi e-mel itu menerusi bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Artikel Berkaitan: