Bank Negara Malaysia selamat - Ketua Polis KL

Polis mengesahkan tidak menemukan sebarang bahan yang meragukan di BNM selepas menjalankan pemeriksaan teliti susulan laporan ancaman bom di pusat kewangan negara itu pada Rabu.
Polis mengesahkan tidak menemukan sebarang bahan yang meragukan di BNM selepas menjalankan pemeriksaan teliti susulan laporan ancaman bom di pusat kewangan negara itu pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan tidak menemukan sebarang bahan yang meragukan di Bank Negara Malaysia (BNM) selepas menjalankan pemeriksaan teliti susulan laporan ancaman bom di pusat kewangan negara itu pada Rabu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan kawasan BNM adalah selamat.

"Kami (polis) terima laporan kira-kira 3 petang tadi dan Unit Pemusnah Bom (UPB) telah dikerahkan ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan teliti yang dijalankan, tidak menjumpai apa-apa barang yang meragukan.

"Polis juga telah membuka satu kertas siasatan terhadap kes ancaman bom di BNM terbabit,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: