Kutipan sampah lebih efisien

Lori kompaktor baharu merah kuning yang akan digunakan di kawasan MPK bermula 1 Oktober depan. - Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Lori kompaktor baharu merah kuning yang akan digunakan di kawasan MPK bermula 1 Oktober depan. - Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SHAH ALAM - KDEB Waste Management (KDEBWM) melancarkan lori kompaktor baharu yang akan digunakan di kawasan Majlis Perbandaran Klang (MPK) bermula 1 Oktober depan.

Pengarah Urusan KDEBWM, Datuk Ramli Mohd Tahir berkata, ia lanjutan KDEBWM memasuki kontrak baharu dengan MPK untuk tempoh tujuh tahun lagi bagi skop perkhidmatan kutipan sisa domestik.

Menurutnya, menerusi kontrak baharu tersebut, operasi perkhidmatan akan menggunakan 75 lori kompaktor baharu dengan imej korporat baharu mengetengahkan warna merah kuning pada lori tersebut.

"Pada 2016, operasi KDEBWM bermula di kawasan pentadbiran MPK menggunakan lori kompaktor biru dan putih dengan kapasiti 16 tan.

"Kini selepas tujuh tahun, lori baharu ini mampu menampung kapasiti berat dalam muatan (BDM) sehingga 18 tan, " katanya pada Majlis Pelancaran Lori Kompektor Baharu dan Imej Korporat Baharu KDEBWM pada Rabu.

Pelancarannya dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang turut dihadiri Yang Dipertua MPK, Noraini Roslan.

Lori kompaktor baharu merah kuning yang akan digunakan di kawasan MPK bermula 1 Oktober depan. - Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Lori kompaktor baharu merah kuning yang akan digunakan di kawasan MPK bermula 1 Oktober depan. - Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID

Ramli berharap dengan kapasiti lebih besar itu mampu memberikan perkhidmatan lebih efisien dan efektif serta kutipan yang lebih baik di Klang dan Selangor secara keseluruhan.

Artikel Berkaitan:

"Di Klang terdapat 270,000 pembayar cukai yang sehari boleh menghasilkan sampah domestik sehingga 700 tan.

"Saya memohon maaf di atas segala kelemahan sepanjang menguruskan sampah di Selangor dan saya berazam untuk perbaiki segala kelemahan ke arah Selangor yang lebih baik dan bersih," katanya.

Sementara itu, Noraini berkata, beberapa perubahan ke arah penambahbaikan dalam perjanjian baharu dilakukan bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik diberikan kepada warga Klang.

Ujarnya, antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan dengan pertambahan bilangan zon daripada 68 zon kepada 75 zon dengan perkhidmatan kutipan domestik ini diperluaskan kepada kawasan kampung dan penduduk luar bandar melalui kutipan rumah ke rumah tiga kali seminggu.

Lori kompaktor baharu merah kuning yang akan digunakan di kawasan MPK bermula 1 Oktober depan. - Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Lori kompaktor baharu merah kuning yang akan digunakan di kawasan MPK bermula 1 Oktober depan. - Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Dengan adanya perkhidmatan yang lebih sistematik ini, pelupusan sisa domestik penduduk kampung akan lebih terkawal dan tahap kebersihan serta kesihatan dapat dipertingkatkan.

"Ia juga dapat mengatasi isu longgokan sisa di tepi-tepi jalan utama kampung disebabkan kaedah lama iaitu sistem tong komunal sampah berpusat," katanya.

Katanya, kaedah kutipan kampung, rumah ke rumah tersebut akan meningkatkan kos dan belanja kepada MPK.

"Bagaimanapun, kami memutuskan untuk memberi subsidi kepada kawasan luar bandar walaupun tidak mengutip cukai.

"Tindakan ini adalah selaras dengan teras people centric yang digariskan oleh kerajaan negeri dalam membina persekitaran yang lebih berdaya huni," katanya.