Saya ragui Idrus akan hadir mesyuarat JKPK - KJ

SHAH ALAM - Kontroversi berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi hanya boleh dijawab oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau turut meragui Idrus akan menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi (JKPK) bagi memberi penjelasan berhubung isu tersebut.
“Apa perkiraan Idrus untuk membuat keputusan tersebut, kita tidak akan tahu selama-lamanya sebab saya rasa Tan Sri Idrus Harun tidak akan muncul untuk menjelaskan.
“Beliau akan bersara dan menghilang selepas pencen nanti. Kalau beliau datang pun, mungkin akan beri jawapan standard. Jawapan (ikut standard) penjawat awam,” katanya.