Pernah hilang selipar di masjid? Baca kisah ini!

Barangan peribadi jemaah yang bersolat di Masjid Jogokariyan akan diganti sekiranya hilang. - Foto tempo
Barangan peribadi jemaah yang bersolat di Masjid Jogokariyan akan diganti sekiranya hilang. - Foto tempo
A
A
A

PENGALAMAN hilang kasut atau selipar ketika berada di masjid sudah seringkali didengar.

Namun, tahukah anda terdapat sebuah masjid di Indonesia bersedia menggantikan barangan jemaah yang hilang ketika mereka bersolat di masjid itu walaupun ianya sebuah motosikal.

Pengurus Masjid Jogokariyan di Yogyakarta berpendapat, apa sahaja barang yang hilang ketika jemaah sedang mengikuti aktiviti di masjid berkenaan akan diganti dengan barang atau wang yang sama nilainya.

“Polisi menggantikan barangan jemaah yang hilang telah dilakukan sejak 1999. Pernah satu ketika di tahun itu, seorang jemaah kehilangan seliparnya. Pengurus masjid kemudiannya menggantikan selipar tersebut dengan wang peribadinya.

“Pengurus tidak menggunakan duit daripada tabung masjid kerana ketika itu wangnya tidak banyak selain ia akan mengurangkan nilai duit tabung,” menurut pengurus, Ahmeda Aulia Nurseta.

Masjid Jogokariyan mengambil inisiatif untuk menggantikan barangan jemaah yang hilang untuk menjaga keamanan jemaah ketika beribadah. - Foto Tempo
Masjid Jogokariyan mengambil inisiatif untuk menggantikan barangan jemaah yang hilang untuk menjaga keamanan jemaah ketika beribadah. - Foto Tempo

Menjengah ke tahun 2000, Masjid Jogokariyan semakin berkembang dan jemaah serta dana sumbangan juga semakin meningkat.

Kini, urusan mengganti barangan jemaah yang hilang tidak lagi menggunakan duit peribadi pengurus.

Artikel Berkaitan:

Ahmeda Aulia berkata, selain berasakan masjid bertanggungjawab menggantikan barang jemaah yang hilang, ia juga secara tidak langsung mampu memberi ketenangan kepada si pemilik.

“Uniknya laporan berkaitan kehilangan juga kini semakin berkurang. Entah kerana kesedaran atau sebab lain, jemaah Masjid Jogokariyan semakin berasa tenang ketika beribadah,” katanya.

Katanya lagi, demi menjaga keamanan masjid, beberapa kamera litar tertutup (CCTV) turut di pasang terutamanya di tempat letak kenderaan. - Tempo