Banjir kilat: 126 mangsa termasuk dua bayi di Maran dipindahkan

(Gambar kiri) Anggota APM Maran membuat pemantauan di tempat kejadian. (Gambar kanan) Sebahagian mangsa yang ditempatkan di PPS Kampung Baru Sungai Chedong, Maran. - Foto ihsan APM
(Gambar kiri) Anggota APM Maran membuat pemantauan di tempat kejadian. (Gambar kanan) Sebahagian mangsa yang ditempatkan di PPS Kampung Baru Sungai Chedong, Maran. - Foto ihsan APM
A
A
A

MARAN - Hujan lebat berterusan menyebabkan banjir kilat dan menjejaskan 23 buah rumah di Kampung Baru Sungai Chedong di sini pada Selasa.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Maran, Kapten (PA) Mohd Nor Azhar Yusof memberitahu, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di kampung itu dibuka bagi menempatkan 126 mangsa.

Menurutnya, hujan kira-kira jam 6.30 petang itu menyebabkan aliran sungai di kawasan kilang sawit berhampiran melimpah ke Sungai Chedong.

"Ia menyebabkan air sungai itu melimpah dan menjejaskan kira-kira 23 buah rumah di kampung tersebut.

"PPS di kampung itu dibuka pada jam 11.30 malam tadi (Selasa) menempatkan 26 buah keluarga terdiri 43 lelaki dewasa, 42 wanita dewasa, 15 kanak-kanak lelaki, 24 kanak-kanak perempuan, seorang bayi lelaki dan perempuan," kata beliau dalam kenyataan pada Rabu.

Pihaknya turut membuat pemantauan situasi semasa dan menghantar bantuan keperluan asas bencana kepada mangsa terlibat.

Artikel Berkaitan: