ICIEF2023 beri ruang bincang kewangan Islam lebih menyeluruh

Anwar ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bertemakan ‘Malaysia Madani: Mampan, Sejahtera, Berpendapatan Tinggi’ pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Selasa - Foto Bernama
Anwar ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bertemakan ‘Malaysia Madani: Mampan, Sejahtera, Berpendapatan Tinggi’ pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Selasa - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Penganjuran Persidangan Antarabangsa mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF2023) ke-15 dapat memberikan ruang membicarakan erti pendekatan sistem kewangan Islam yang lebih menyeluruh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha yang diterokai oleh Malaysia itu diyakini mampu menyelesaikan permasalahan ekonomi terutamanya penekanan prinsip riba dalam sistem kewangan Islam.

“Parti memperjuangkan Islam patut bicara bukan sahaja dari soal mengatakan riba itu haram, itu semua orang dah tahu. Apakah langkah penyelesaiannya?

“Dulu ada Bank Islam, tetapi kita kata ini tidak menyeluruh maknanya tidak memenuhi maksud Maqasid Syariah dalam erti kata menyelesaikan beberapa masalah pokok ekonomi.

“Maka sebab itu diadakan ICIEF2023 dan saya percaya ini akan memberikan satu ruang kepada kita untuk membicara secara lebih menyeluruh apa erti pendekatan Islam lebih menyeluruh selain daripada Bank Islam atau Takaful yang kita bincang selama ini,” katanya pada sesi penggulungan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan turut memberi perhatian terhadap usaha-usaha melibatkan industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV).

Menurutnya, setakat ini, pelaburan telah sampai dan memulakan termasuk penggunaan perluasan kenderaan elektrik (EV), motorsikal dan selain yang disebut sebelum ini.

“Baru-baru ini Premier Sarawak telah memberikan taklimat khas kepada jemaah menteri tentang keupayaan mereka meneroka beberapa bidang baru termasuk industri hidrogen hijau, CHITOSE Carbon Capture Central Sarawak (C4 Sarawak) sebagai sumber tenaga baru.

Artikel Berkaitan:

“Maknanya apa yang diumumkan ini telah mula dilaksanakan berbeza dengan serangan yang mengatakan bahawa tidak ada langsung kemajuan,” ujarnya