Fazura teruskan kempen 'Tudung Lama, Kasi Baru'

Fazura ketika majlis sidang media dan pelancaran kempen baru-baru ini.
Fazura ketika majlis sidang media dan pelancaran kempen baru-baru ini.
A
A
A

PELAKON Nur Fazura telah menjalinkan kerjasama buat pertama kalinya dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) dalam program Kelestarian Korporat.

Kerjasama itu terjalin bersempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Lebih istimewa, sempena pameran itu, Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin akan terlibat dengan kempen 'Tudung Lama Kasi Baru'.

"Menerusi kempen 'Tudung Lama, Kasi Baru', pengunjung MIHAS boleh menukarkan tudung yang lama dan terpakai dengan baucar FAZURA bernilai RM7. Seterusnya, baucar FAZURA tersebut boleh digunakan untuk pembelian Tudung Fazura yang baru di saluran jualan yang sah termasuk secara dalam talian.

"Inisiatif kali ini dilaksanakan bersama-sama dengan MATRADE dan Puspanita cawangan MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri), memberikan banyak manfaat kepada seramai mungkin pengunjung MIHAS dan impaknya juga dirasai oleh pihak lain, mudah-mudahan.

"Kempen 'Tudung Lama, Kasi Baru' yang saya lancarkan tahun lalu telah mendapat sambutan hebat di mana lebih 30,000 tudung lama yang telah dibersihkan, disampaikan semula kepada golongan yang memerlukan secara terus dan melalui @mukminpro_app," katanya dalam satu kenyataan di Instagram miliknya.

Fazura (belakang, enam dari kiri) bersama Puspanita cawangan MITI.
Fazura (belakang, enam dari kiri) bersama Puspanita cawangan MITI.

Menerusi laporan media, Fazura, 40, menyasarkan kutipan 200,000 helai tudung pada tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Fattah Amin itu berpendapat, penganjuran MIHAS kali ke-19 pada tahun ini melihatkan komitmen berterusan pihak MATRADE dalam mempromosikan produk halal dan perkhidmatan berkaitan industri halal untuk kesejahteraan sosio-ekonomi ummah, selaras dengan aspirasi Ekonomi Madani.

"Keprihatinan pihak Puspanita dalam menganjurkan kempen yang memanfaatkan golongan yang memerlukan perhatian, wajar terus disokong. Saya dan pihak syarikat amat bersyukur kerana jenama FAZURA dijemput untuk sama-sama menjayakan program ini sempena MIHAS 2023," tulisnya.