Penjelasan DNAA daripada Anwar jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Anwar
Anwar
A
A
A

DEWAN Rakyat hari ini akan tertumpu kepada penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan isu keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang memaklumkan Anwar berkemungkinan akan menjawab di Dewan Rakyat pada jam 2.30 petang.

Penganalisis politik berpandangan Anwar wajar untuk memberikan penjelasan di Dewan Rakyat berhubung keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.

Tindakan itu sangat penting bukan sahaja untuk jelaskan kes Ahmad Zahid tetapi sebagai bukti Kerajaan Perpaduan amat telus selain tidak mencalarkan kewibawaan kepimpinan negara.

Anwar mungkin juga melihat dari sudut ketua kerajaan yang bertanggungjawab untuk menjelaskan kes tersebut memandangkan Ahmad Zahid merupakan anggota pentadbiran kerajaan dan nombor dua dalam negara.

Bagaimanapun, wujud pandangan mengatakan penjelasan DNAA Ahmad Zahid tidak memerlukan campur tangan daripada Dewan Rakyat tetapi jika Perdana Menteri itu bersetuju boleh dilaksanakan.

Alasan diberikan adalah keranan banyak lagi kes seumpama itu melibatkan orang politik tetapi mengapa kes Ahmad Zahid sahaja diberi tumpuan.

Ia menunjukkan seolah-olah pihak kerajaan terperangkap dengan langkah pembangkang, jika terbawa-bawa maka mereka akan hilang fokus dalam membina sebuah negara yang membangunkan dan lebih baik pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan:

Apa pun, isu tersebut mendapat perhatian umum termasuklah agensi berita luar termasuklah Bloomberg yang bertanyakan soalan berkaitan keputusan mahkamah itu kepada Anwar.

Justeru, langkah Perdana Menteri untuk menjawab dan memberikan penjelasan berkaitan keputusan DNAA Ahmad Zahid merupakan langkah tepat.