PAC bentang 4 laporan di Dewan Rakyat Oktober ini

Laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua - LCS adalah antara empat laporan yang akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat Oktober ini.- Gambar hiasan. Gambar kecil: Mas Ermieyati
Laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua - LCS adalah antara empat laporan yang akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat Oktober ini.- Gambar hiasan. Gambar kecil: Mas Ermieyati
A
A
A

KUALA LUMPUR - Laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua - Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah antara empat laporan yang akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat, yang dijadual bersidang bermula 9 Oktober ini, kata Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu berkata, pembentangan laporan kemajuan projek LCS di bawah Kementerian Pertahanan itu adalah bagi tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023.

Beliau berkata, selain laporan LCS, pihaknya juga akan membentangkan laporan Terimaan dan Bayaran Obligasi Sosial Perjanjian Konsesi Pengurusan Industri Padi dan Beras Negara di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang dijadual pada 11 Oktober.

"Manakala, pembentangan bagi Laporan Pengurusan Wabak Covid-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Personal Protective Equipment serta Laporan Menteri Kewangan (Diperbadankan) - FELCRA Berhad pula masih belum ditetapkan tarikh,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.