'Abang polis' raikan anak yatim

Mohd Ali (tengah) membantu mengenakan pakaian kepada salah seorang anal yatim di gedung Jakel hari ini.
Mohd Ali (tengah) membantu mengenakan pakaian kepada salah seorang anal yatim di gedung Jakel hari ini.
A
A
A

IPOH - Kegembiraan terpancar pada wajah 20 kanak-kanak dari pusat jagaan Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-anak Yatim Darussalam apabila 'abang polis' menemani mereka membeli pakaian raya di Gedung Tekstil Jakel Ipoh di sini hari ini.

Kesemua mereka diberi peluang untuk memilih baju raya yang berkenan di hati sambil ditemani pegawai dan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, pihaknya sentiasa mahu menyantuni golongan kurang bernasib baik terutama anak-anak yatim agar mereka berasa dihargai menjelang Syawal akan datang.

"Walaupun sibuk dengan pelbagai tugasan, kami dapat membawa anak-anak ini ke gedung pakaian agar mereka dapat memilih sendiri baju raya mengikut warna dan saiz yang diinginkan.

IPD Ipoh meraikan 20 kanak-kanak dari pusat jagaan Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-anak Yatim Darussalam, hari ini.
IPD Ipoh meraikan 20 kanak-kanak dari pusat jagaan Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-anak Yatim Darussalam, hari ini.

"Inisiatif ini diharapkan dapat membawa kegembiraan kepada mereka untuk menyambut Aidilfitri sama seperti orang lain tanpa rasa terpinggir. Ini merupakan program pertama IPD Ipoh yang dikendalikan oleh Unit Surau," katanya.

Menurutnya, sumbangan ini turut dibantu Jakel Ipoh dalam memberikan tawaran harga istimewa bagi pembelian baju raya berkenaan.

"Anak-anak yatim ini juga akan dirai dalam satu majlis berbuka puasa pada Jumaat ini di Masjid Panglima Kinta di sini di mana beberapa sumbangan lain akan diberikan kepada mereka.

Artikel Berkaitan:

"Aktiviti ini diharapkan akan dijadikan sebagai acara tahunan bagi membantu golongan kurang bernasib baik untuk membantu mereka membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya.