Pasaran nanas MD2 diperluas ke Osaka - LPNM

Sheikh Umar (tengah) menanda buah nanas MD2 yang akan di eksport ke Jepun pada Majlis ‘Flag-Off’ Pengeksportan Nanas MD2 Ke Jepun di Ladang Aqina Fruits Sdn Bhd, pada Isnin. Turut kelihatan Ketua Pengarah LPNM, Mohd Khairuzamri M. Salleh, Ketua Pengarah Kumpulan Syarikat Aqina, Datuk Abdul Aziz Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang, Datuk Suhaimi Mohd Yunos. - Foto Bernama
Sheikh Umar (tengah) menanda buah nanas MD2 yang akan di eksport ke Jepun pada Majlis ‘Flag-Off’ Pengeksportan Nanas MD2 Ke Jepun di Ladang Aqina Fruits Sdn Bhd, pada Isnin. Turut kelihatan Ketua Pengarah LPNM, Mohd Khairuzamri M. Salleh, Ketua Pengarah Kumpulan Syarikat Aqina, Datuk Abdul Aziz Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang, Datuk Suhaimi Mohd Yunos. - Foto Bernama
A
A
A

ROMPIN - Pasaran nanas MD2 kini telah diperluaskan ke Osaka sekali gus menyumbang kepada peningkatan jumlah eksport negara, kata Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Sheikh Umar Bagharib Ali.

Sebagai permulaan, beliau berkata, sebuah kontena dengan muatan 4,355 biji nanas segar dari ladang milik Aqina Fruits Sdn Bhd, di sini telah dieksport ke negara matahari terbit itu pada Isnin dengan sebahagiannya akan dihantar ke Osaka.

Jepun adalah negara yang telah lama mengimport nanas tempatan dan kali ini LPNM dan syarikat telah berjaya menembusi pasaran Osaka selain Tokyo sebelum ini.

"LPNM sangat mengalu-alukan eksport nanas kerana dapat membantu negara dari segi jumlah eskport nanas tempatan. Malah, di peringkat lembaga, kita akan membantu seberapa banyak pemain industri yang berhasrat menyumbangkan eksport," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas majlis pelepasan eksport Nanas MD2 ke Jepun yang turut dihadiri Ketua Pengarah LPNM, Mohd Khairuzamri M Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Aqina, Wesley Tan.

Sheikh Umar Bagharib berkata, trend eksport nanas juga telah meningkat dengan nilai eksport keseluruhan produk berasaskan nanas berjumlah RM1.148 bilion tahun lepas berbanding RM1.106 bilion pada 2021.

Sehingga kini, hampir 20 negara mengimport produk nanas antaranya Singapura, Mesir, China dan Jepun.

Selain itu, beliau berkata, industri itu telah berjaya menjadikan taraf hidup kumpulan B40 ke tahap yang lebih baik.

Artikel Berkaitan:

Katanya, berdasarkan laporan kajian hasil pada tahun lepas, seramai 2,842 daripada 3,552 pengusaha tanaman nanas telah mencapai pendapatan bulanan melebihi RM5,000 selaras dengan sasaran Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

"Nanas mempunyai potensi dan memberi pelbagai manfaat kepada pengusaha kerana tanaman ini tidak bermusim dan mempunyai pulangan yang baik. Kita memang mengalakkan orang ramai untuk melibatkan diri dengan tanaman ini sekali gus dapat meningkatan bekalan sedia ada," katanya.

Sementara itu, Wesley berkata syarikatnya menyasarkan untuk mengeksport 10 kontena nanas sebulan ke Jepun pada masa akan datang, sambil berharap lebih banyak pihak terutamanya golongan muda untuk terlibat dalam industri nanas.

"Pendapatan mengusahakan nanas adalah tinggi. Malah risiko tanaman juga rendah kerana mudah menguruskannya. Kami memerlukan lebih ramai pekebun untuk terlibat dengan tanaman ini," katanya. - Bernama