Muslimah Putrajaya Berselawat: Nama Norhafizah digugurkan kerana ada aduan

Nama Dr Norhafizah digugurkan daripada program Muslimah Putrajaya Berselawat susulan terdapat aduan daripada pihak yang mempertikaikan penglibatan penceramah bebas terbabit.
Nama Dr Norhafizah digugurkan daripada program Muslimah Putrajaya Berselawat susulan terdapat aduan daripada pihak yang mempertikaikan penglibatan penceramah bebas terbabit.
A
A
A
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Nama penceramah bebas, Datuk Dr Norhafizah Musa di dalam program Muslimah Putrajaya Berselawat digugurkan susulan terdapat aduan daripada pihak yang mempertikaikan penglibatan penceramah bebas itu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusof menerusi kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, selaku rakan kerjasama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) telah mengadakan perbincangan bersama penganjur utama program dan kesepakatan telah dipersetujui agar langkah tersebut diambil bagi mengelakkan isu berbangkit timbul.

"Maka nama Norhafizah telah digantikan dengan tokoh lain," katanya.

Nama Norhafizah digugurkan daripada program tersebut menjadi tular selepas empunya badan membuat hantaran di laman sosial memaklumkan perkara tersebut.

Penyertaan Program Muslimah Putrajaya Berselawat yang dijadualkan pada Ahad ini dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan dengan kerjasama MTMZA dan dikenakan bayaran RM30 seorang.

Pada Ahad, Norhafizah mendakwa namanya digugurkan atas arahan pihak atasan dan perkara tersebut telah banyak kali berlaku sebelum ini namun beliau hanya mendiamkan diri.

Menerusi hantaran di laman sosialnya, beliau menegaskan tiada politik kepartian diselitkan sepanjang ceramah dan mengajar.

"Di tengah-tengah pelbagai masalah sosial yang berlaku pada ummah, berlapang dadalah.
Artikel Berkaitan:


"Ustazah mengajar dan mendidik hal akhlak, rumahtangga, pendidikan anak-anak, psikologi dan kemanusiaan, penyucian jiwa serta membantu negara untuk mendidik ummah," tulis beliau.

Dalam pada itu, Norhafizah turut memaklumkan beliau akan membuat program Berselawat Bersama Ustazah Norhafizah Musa secara langsung menerusi laman Instagram rasminya pada Ahad ini.