Boling padang bakal kembali dalam Program Podium - MSN

Nur Ain Nabilah (kanan) dan Aleen bersama medal selepas dimenangi selepas menjuarai acara pairs wanita Kejohanan Boling Padang Dunia di Gold Coast, Austalia pada Sabtu lalu. - Foto Bernama
Nur Ain Nabilah (kanan) dan Aleen bersama medal selepas dimenangi selepas menjuarai acara pairs wanita Kejohanan Boling Padang Dunia di Gold Coast, Austalia pada Sabtu lalu. - Foto Bernama
A
A
A

MAJLIS Sukan Negara (MSN) bakal menunaikan permintaan Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) supaya atlet badan induk tersebut disenaraikan dalam Program Podium.

Malah, Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin berkata, selain boling padang, snuker dan billiards serta kick boxing juga dalam perancangan untuk disenaraikan dalam program penyediaan atlet elit tersebut.

"MSN dalam perancangan penyenaraian jenis sukan dan program penyediaan atlet untuk menghadapi tiga temasya Sukan SEA 2025 di Thailand, Malaysia (2027) dan Singapura (2029).

"Jadi untuk boling padang, mereka tidak perlu risau kerana sememangnya akan disenaraikan sebab kalau ikut track record, memang ada dalam senarai sukan yang akan dipertandingkan di Thailand, dan sudah pasti Malaysia juga akan menganjurkannya.

"Sebelum ini, boling padang dalam Program Podium ketika persiapan ke Sukan Komanwel Birmingham 2022, tetapi dikeluarkan kerana sukan itu tidak dipertandingkan pada Sukan SEA Kemboja 2023 dan Sukan Asia Hangzhou 2022," katanya ketika pemberita semasa lawatan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia 2022 Datuk Chong Kim Fatt ke latihan skuad sepak takraw, pada Khamis.

Presiden PLBM, Datuk Awalan Abdul Aziz sebelum ini meminta sukan itu kembali disenaraikan dalam Program Podium dalam usaha mendapat struktur sistem sokongan yang baik.

Ia berikutan kejayaan Nur Ain Nabilah Tarmizi-Aleena Ahmad Nawawi muncul juara acara pairs wanita Kejohanan Boling Padang Dunia di Gold Coast, Austalia pada Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan: