MBJB mahu merakyatkan sukan ragbi

Mohd Noorazam (barisan belakang, bertopi), bersama pasukan juara,Karnival Ragbi Johor 2023 Maktab Sultan Abu Bakar (EC).
Mohd Noorazam (barisan belakang, bertopi), bersama pasukan juara,Karnival Ragbi Johor 2023 Maktab Sultan Abu Bakar (EC).
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pihak Majlis Bandar Raya Johor Bahru (MBJB), mahu menjadikan Karnival Ragbi Johor sebagai medium bagi membantu usaha merakyatkan sukan berkenaan dalam kalangan masyarakat.

Menurut Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Noorazam Osman, karnival berkenaan juga sememangnya ditunggu-ditunggu penganjurannya oleh penggiat sukan akar umbi yang melibatkan usia di bawah 14 dan 16 untuk diketengahkan.

“Bagi saya, Karnival Ragbi Johor ini memang ditunggu-tunggu kerana ia memberikan peluang kepada pasukan-pasukan yang mungkin tak berapa kuat tapi dapat bertemu dengan pasukan-pasukan besar.

“Kebiasaannya, pasukan-pasukan tersebut melibatkan sekolah-sekolah berasrama penuh seperti Maktab Tentera Diraja (RMC), Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS), Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (Semashur) dan lain-lain,” katanya.

Mohd Noorazam berkata demikian sempena Karnival Ragbi Johor 2023 di Stadium Ragbi Johor, pada Ahad.

Tambah Mohd Noorazam, pihaknya turut kagum apabila dua pasukan daripada sekolah biasa iaitu SMK Sri Mersing dan pasukan Maktab Sultan Abu Bakar (EC) dari Johor Bahru yang berkesudahan pihak EC menang.

Antara aksi menarik pada karnival berkenaan.
Antara aksi menarik pada karnival berkenaan.

Sementara itu Mohd Noorazam berkata, karnival itu juga secara tidak langsung telah membantu merancakkan lagi ekonomi setempat.

Artikel Berkaitan:

Katanya, setakat ini dimaklumkan bahawa berlaku peningkatan kepada inap desa (homestay), termasuk hotel hujung minggu lalu iaitu ketika karnival berkenaan berlangsung.

“Bila ada karnival tiga hari ni rasanya melibatkan penyertaan daripada 96 pasukan dan rasanya tidak kurang RM5,000 datang ke Johor ni.

“Bagaimanapun timbul isu padang kerana di sini hanya ada dua padang dan menjadikan aktiviti Karnival agak terhad.

"Sebelum ini kita pernah anjurkan karnival ini di Dataran Bandaraya Johor Bahru yang ada empat padang," katanya.

..................................................................................................

Piala Agong 2023: Johor sasar kendudukan top 4

BIARPUN mempertaruhkan ramai pemain muda, skuad Ragbi Johor menyasarkan untuk menamatkan saingan Piala Agong 2023 pada kedudukan empat terbaik (top 4), kali ini.

Menurut ketua jurulatihnya, Hamrizal Hamdan, kebanyakan pemain kali ini merupakan pemain-pemain muda.

Malah katanya, seramai 40 pemain telah disenarai pendek untuk didaftarkan bagi beraksi dalam kempen Piala Agong 2023.

“Setakat ini, kami telah pun shortlist (senarai pendek) daripada seramai 40 pemain untuk didaftarkan pada Piala Agong tahun ni.

“Harapan kami, kami akan cuba top 4 dalam pertandingan. Macam yang tuan-tuan lihat, kebanyakan pemain kami adalah pemain pelapis dari pada pasukan Thor dan EC yang berentap dalam aksi final Karnival Ragbi Johor, kali ini,” katanya kepada pemberita.

Hamrizal berkata demikian sempena Karnival Ragbi Johor 2023 di Stadium Ragbi Johor, pada Ahad.