Perubahan taktikal bantu kebangkitan Liverpool

Robertson (tengah) meraikan jaringannya ketika menentang Brighton. - FOTO: AFP
Robertson (tengah) meraikan jaringannya ketika menentang Brighton. - FOTO: AFP
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengakui terkejut dengan permainan teruk para pemainnya pada separuh masa pertama menentang Wolves tetapi memuji aksi pada separuh masa kedua untuk melakar kemenangan 3-1 di Stadium Molineux.

Wolves mendahului melalui Hee-Chan Hwang pada minit ketujuh dan sepatutnya menggandakan kelebihan mereka sebelum rehat menerusi Matheus Cunha.

Dengan perubahan formasi pada separuh masa kedua, Liverpool jauh lebih dinamik dan menyamakan kedudukan daripada penyudah jarak dekat Cody Gakpo sebelum Andy Robertson dan gol sendiri Hugo Bueno pada lewat melengkapkan kemenangan The Reds.

Klopp berkata, pemainnya keletihan selepas mengharungi perlawanan pada jendela antarabangsa yang menyumbang kepada permulaan buruk Liverpool pada separuh masa pertama, tetapi menegaskan pasukannya berhak mendapat tiga mata.

“Kami perlu bermain lebih baik daripada yang kami lakukan pada separuh masa pertama. Kami bermain pada babak kedua yang merupakan saat terbaik untuk bertindak balas.

“Pada separuh masa pertama kami menghadapi beberapa masalah secara fizikal dan kami tidak tajam.

“Kami cuba untuk mengetahui siapa yang bersedia (selepas rehat antarabangsa) dan ia bukanlah pilihan yang sempurna. Berita baiknya ialah ia telah berakhir dan saya fikir kami tidak boleh bermain lebih teruk.

“Itulah sebabnya kami mengubah hampir segala-galanya pada separuh masa kedua, secara taktikal dan secara fizikal," katanya.

Artikel Berkaitan:

Klopp juga menyifatkan pemainnya mampu bangkit dengan persembahan luar biasa pada separuh masa kedua dan mengawal permainan.

“Separuh masa kedua kami mengawalnya sepenuhnya dan ia adalah permainan yang sangat bagus ketika itu. Kami berhak untuk menang pada akhirnya.

"Kami menjaringkan gol penyamaan, terus mengawal, terus mencuba dan memenangi perlawanan yang penting untuk kami," katanya.