17 individu dicekup disyaki tawar khidmat pelacur di media sosial

Sebahagian barangan yang di rampas hasil serbuan yang dilakukan. - foto IPK Johor, gambar kecil: Kamarul Zaman
Sebahagian barangan yang di rampas hasil serbuan yang dilakukan. - foto IPK Johor, gambar kecil: Kamarul Zaman
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor menahan 17 individu yang disyaki terlibat dengan aktiviti pelacuran hasil dua serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini Khamis lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua suspek melibatkan tiga lelaki warga tempatan, seorang lelaki warga asing dan 13 perempuan warga asing berusia dalam lingkungan 21 hingga 49 tahun itu turut dipercayai merupakan ahli sindiket pelacuran yang menawarkan pelacur menggunakan aplikasi media sosial.

"Sekitar jam 10.40 malam Khamis lalu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor telah membuat dua serbuan berasingan di sekitar Bandaraya Johor Bahru.

"Dalam serbuan terbabit, polis telah menahan 17 individu yang disyaki terlibat dengan aktiviti pelacuran.

"Hasil serbuan, polis turut merampas 22 telefon bimbit, 27 keping kondom, lima gulung tisu, empat helai tuala, tiga keping kad akses, dua botol pelincir dan wang tunai berjumlah RM3,400 dan SGD50," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kes disiasat di bawah peruntukan undang-undang seperti Seksyen 372A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 15 tahun dan dengan sebatan.

Kes juga disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kes juga akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, kes turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Kes akan turut disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/73 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang enam bulan tetapi tidak lebih daripada lima tahun.

Sementara itu, Kamarul Zaman berkata, pihaknya akan menjalankan operasi secara berterusan bagi mengawal dan mencegah kegiatan pelacuran di negeri ini.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau sindiket yang terlibat dalam kegiatan pelacuran mengikut undang-undang sedia ada.

"Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan pelacuran boleh terus menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran atau bilik gerakan Polis Johor di talian 07-221 2999 atay 07-225 4677," katanya.