Polis tahan lelaki, rampas 99 bungkus air ketum

Sebanyak 99 bungkusan air ketum yang dirampas polis.
Sebanyak 99 bungkusan air ketum yang dirampas polis.
A
A
A

PADANG SERAI - Polis menahan seorang lelaki dan merampas 99 bungkusan lut sinar berisi rebusan air ketum bersamanya di tepi Jalan Taman Serai Wangi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Nor berkata, suspek ditahan jam 8.30 malam oleh anggota yang sedang membuat rondaan cegah jenayah.

Menurutnya, suspek berusia 32 tahun dilihat berada di atas motosikal di tepi jalan bersama dua tong polisterin di atas tanah dalam keadaan mencurigakan

"Hasil pemeriksaan di belakang tempat duduk kereta berkenaan menemui dua tong polisterin warna putih dan di dalamnya terdapat 99 paket lut sinar berisi air rebusan ketum," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut suspek tidak bekerja tetap dan mempunyai lima rekod jenayah termasuk dadah.

"Lelaki itu akan direman bagj siasatan lanjut. Beberapa tangkapan susulan akan dibuat lagi.

"Saya menggesa orang awam yang mempunyai maklumat tentang kegiatan seperti ini salurkan maklumat kepada polis contohnya menggunakan aplikasi smartphone iaitu VSP (volunteer smartphone patrol). Butir-butir pemberi maklumat sentiasa dirahsiakan," katanya.

Artikel Berkaitan: