PSG beri lampu hijau Kang-in wakili Korea Selatan

Kang-in - Foto AFP
Kang-in - Foto AFP
A
A
A

KELAB Ligue 1, Paris Saint- Germain (PSG) bersetuju membenarkan pemain tengah Lee Kang-in menyertai skuad Taegeuk Warriors bagi acara bola sepak di Sukan Asia Hangzhou 2022.

Persekutuan Bolasepak Korea Selatan (KFA) berkata, keputusan itu dicapai hasil persetujuan bersama badan induk itu dengan juara Perancis berkenaan.

“Kang-in akan dilepaskan selepas perlawanan Kumpulan F Liga Juara-Juara, PSG menentang kelab Jerman, Borussia Dortmund di Parc des Princes pada 20 September,” kata kelab tersebut dalam satu kenyataan.

Kang-in, 22, dijangka diturunkan dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan temasya itu menyertai PSG dari kelab Sepanyol, Real Mallorca pada Julai, memulakan dua perlawanan Ligue 1, namun diketepikan kerana kecederaan otot sejak 22 Ogos lalu.

Korea Selatan yang dalam misi memburu pingat emas kali ketiga berturut-turut, akan menyingkap cabaran Kumpulan E berdepan Kuwait pada 19 September diikuti Thailand (21 September) sebelum berdepan Bahrain tiga hari kemudian.

Sebagai rekod, Hangzhou 2022 tidak berada dalam kalendar pertandingan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Situasi itu menyebabkan kelab tidak diwajibkan untuk melepaskan pemain masing-masing yang dipanggil skuad kebangsaan bagi menghadapi temasya terbabit.

Artikel Berkaitan: