Sila log masuk terlebih dahulu.

Bekas pemain bola sepak positif dadah ditahan terlibat kes pecah rumah

13 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 13 JULAI 2023

Seorang bekas pemain bola sepak yang dipercayai aktif dalam kegiatan pecah rumah bersama kumpulan digelar "Geng Eddy" berjaya ditahan polis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin

Kumpulan penjenayah yang dianggotai lima lelaki tempatan itu melakukan kegiatan jenayah berkenaan di Pontian, Batu Pahat, Muar dan Tangkak sejak Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Mohammad Shofee Tayib berkata dengan penangkapan kesemua suspek berusia 24 hingga 34 tahun itu, polis berjaya menyelesaikan 13 kes pecah rumah dengan kerugian dianggarkan mencecah RM350,000.

Katanya, dua suspek ditahan selepas kereta dinaiki terbabas di Sanglang, Pontian pada 3 Julai lalu, manakala tiga yang lain berjaya melarikan diri dan kemudiannya ditahan di dua lokasi berbeza di sekitar Forest City, Iskandar Puteri dan Johor Bahru, pada hari yang sama.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/268009/berita/semasa/bekas-pemain-bola-sepak-ditahan-pecah-rumah-positif-dadah

Muzik: www.bensound.com