Kuantan tawar jadi lokasi Himpunan RXZ tahun depan

Fadzli
Fadzli
A
A
A

BENTONG - Kuantan bakal menjadi lokasi Himpunan RXZ Member tahun depan selepas kerajaan negeri bersetuju menganjurkan himpunan terbabit yang menghimpunkan pemilik dan peminat motosikal itu dari seluruh negara.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri, Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan daripada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menurutnya, ia bukti keprihatinan dan cakna menteri besar terhadap minat anak muda khususnya peminat RXZ dari seluruh negara termasuk di Pahang.

"Hari ini saya ingin mengumumkan bahawa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dengan rasa berbesar hati telah menawarkan lokasi di Kuantan sebagai Himpunan RXZ Member, awal tahun depan," katanya.