SPRM kesan tiga individu bantu siasatan, pengurusan kes

Dari kiri: Brady,Mona Lisa, dan Mohd Rizwan.
Dari kiri: Brady,Mona Lisa, dan Mohd Rizwan.
A
A
A

KUCHING - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak sedang mengesan tiga individu bagi membantu siasatan serta pengurusan kes suruhanjaya itu.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, individu yang dikenali sebagai Brady Anak Nanda, 36, beralamat terakhir 35, Kampung Biawak, Lundu, Sarawak.

"Individu tersebut telah gagal menghadirkan diri ke Mahkamah Kuching Sarawak bagi tujuan sebutan kes yang telah ditetapkan dan status waran tangkap telah dikeluarkan oleh mahkamah," katanya.

Menurut kenyataan itu, individu kedua, Mona Lisa Ismail, 45, beralamat terakhir di 20, Lot 2589, Jalan Lapangan Terbang, Kuching, Sarawak.

"Individu ketiga pula, Mohd Rizwan M Ismail, 30, beralamat terakhir Kampung Bawang, Tamparuli, Sabah.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Khairil Ammar Faisal Azman di talian 082-467701 atau 018-5714510 atau e-mel kepada khairilammar@sprm.gov.my," katanya.

Artikel Berkaitan: