'Saya tunggu SPRM panggil, tak berdebar pun' - Sanusi

Muhammad Sanusi (tengah) pada sidang media selepas Majlis Perasmian Tuaian Projek Padi Benih Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di tapak Smart Sawah Berskala Besar Asnaf LZNK, Batu 17, Padang Lumat, di sini pada Rabu.
Muhammad Sanusi (tengah) pada sidang media selepas Majlis Perasmian Tuaian Projek Padi Benih Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di tapak Smart Sawah Berskala Besar Asnaf LZNK, Batu 17, Padang Lumat, di sini pada Rabu.
A
A
A

YAN - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sedia dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung isu kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik, Kedah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu berkata, beliau tidak takut, sebaliknya bersedia untuk memberi memberi keterangan tentang perkara itu.

"Saya tunggu dia (SPRM) panggil lah. Saya tunggu. Belum lagi (panggil). Saya tidak ada masalah dengan SPRM. Tidak ada masalah apa.

"Nanti, dia (SPRM) panggil. Saya pi (pergi) lah.Bukan sekali ini sahaja. Polis panggil, itu panggil hari-hari (dan) tidak ada isu apa-apa. (Rasa) debar apapun tidak ada," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Tuaian Projek Padi Benih Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di tapak Smart Sawah Berskala Besar Asnaf LZNK, Batu 17, Padang Lumat, di sini pada Rabu.

Beliau berkata sedemikian ketika mengulas laporan SPRM akan memanggil dirinya selewat-lewatnya minggu depan bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung isu kecurian REE di negeri ini.

Pada 11 September, Sinar Harian melaporkan SPRM akan memanggil Muhammad Sanusi berkaitan kes kecurian REE dalam tempoh dua minggu ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan di peringkat akhir, namun perlu melihat kepada beberapa perkara dalam konteks undang-undang, sistem dan prosedur.

Azam memaklumkan, SPRM turut melihat kepada beberapa perkara dalam isu REE, selain menyiasat mengenai rasuah dan salah guna kuasa.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, dengan sistem dan prosedur, tugas SPRM adalah untuk menasihati kerajaan negeri tentang bagaimana hendak memperbetulkan keadaan.

Sebelum ini, SPRM dilaporkan memperoleh keterangan baharu, namun masih menangguhkan tindakan memanggil Muhammad Sanusi kerana ingin meneliti maklumat atau petunjuk baharu yang diterima.