7,257 premis di Melaka dikesan positif pembiakan nyamuk

Foto hiasan 123RF
Foto hiasan 123RF
A
A
A

MELAKA - Sejumlah 7,257 daripada 62,355 premis di negeri ini yang diperiksa sehingga tempoh minggu epidemiologhi (ME) 36 dikesan positif pembiakan nyamuk.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, sebanyak 102 Notis Seksyen 8 telah dikeluarkan sepanjang tempoh itu kepada tuan punya atau penduduk premis bagi menjalankan tindakan pembersihan ke atas bekas berpotensi pembiakan dalam masa tujuh hari.

"Sebanyak 488 bilangan kompaun yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan negeri dengan amaun kompaun ditawarkan adalah RM244,000 dan sehingga kini, jumlah amaun kompaun yang dibayar adalah RM74,510.

"Selain itu, sebanyak 69 kes denda direkodkan sepanjang tempoh aktivti penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (APSPP) dijalankan tahun ini dengan amaun didenda adalah RM27,300," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Hee Sem berkata, bagi situasi denggi di Melaka sebanyak 21 kes telah didaftarkan bagi tempoh bermula 3 hingga 9 Sept dengan terdapat penurunan sebanyak enam kes berbanding minggu lepas.

"Sehingga ME 36 yang berakhir pada 9 Sept lepas, sebanyak 791 kes denggi didaftarkan di Melaka dan jumlah ini menunjukkan peningkatan kes sebanyak 388 kes atau 96.28 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 403 kes.

"Dalam tempoh tersebut juga terdapat 29 wabak dilaporkan di negeri ini namun tiada wabak yang dilaporkan masih aktif pada minggu ini," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!