Anwar, isteri hadir Majlis Makan Malam Yayasan Universiti Selangor

Anwar (tengah) menerima cenderahati daripada Mohammad Redzuan pada Majlis Makan Malam Amal Yayasan Universiti Selangor pada Rabu. - Foto Bernama
Anwar (tengah) menerima cenderahati daripada Mohammad Redzuan pada Majlis Makan Malam Amal Yayasan Universiti Selangor pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa untuk hadir pada Majlis Makan Malam Yayasan Universiti Selangor (YUSEL) di I-City, di sini, malam ini.

Majlis yang berlangsung hampir dua jam tersebut turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dalam ucapannya berkata, majlis jamuan makan malam itu diadakan bagi meraikan Dr Wan Azizah sebagai penerima ijazah kehormat dan mengumpul dana bagi Tabung Yayasan Unisel.

Dr Wan Azizah menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik dan Kemasyarakatan bersempena Istiadat Konvokesyen Unisel Kali Ke-17 pada 9 September lalu di Dewan Canselor, Unisel Kampus Bestari Jaya.