Rokok, minuman keras seludup RM36j dirampas

Sebahagian rokok dan minuman keras yang dirampas dalam serbuan polis sekitar Cheras pada 7 September lalu.
Sebahagian rokok dan minuman keras yang dirampas dalam serbuan polis sekitar Cheras pada 7 September lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Rokok seludup dan minuman keras bernilai RM36 juta berjaya dirampas dalam operasi khas yang dijalankan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman pada 7 September lalu.

Menurut sumber, operasi yang dijalankan oleh Unit Perisikan dan Siasatan Khas JKDNKA Bukit Aman dengan kerjasama Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras menyerbu tiga lokasi di sekitar Cheras yang dijadikan tempat pemyimpanan dan pembungkusan bahan terlarang itu.

Mesin yang digunakan untuk membotolkan minuman keras jenis liquor turut dirampas dari premis terlibat.
Mesin yang digunakan untuk membotolkan minuman keras jenis liquor turut dirampas dari premis terlibat.

Difahamkan kesemua rokok keretek dan putih serta minuman keras jenis liquor itu dipercayai diseludup dari negara jiran sebelum dibungkus semula untuk edaran sekitar Lembah Klang dan Selangor.

“Operasi ini berjaya melumpuhkan sindiket terbesar yang aktif dalam pengedaran dan penjualan rokok dan minuman keras tanpa bayar cukai di sekitar Lembah Klang,” kata sumber berkenaan.

Sumber itu berkata, selain rampasan rokok dan minuman keras, pihaknya turut merampas perkakas termasuk mesin yang digunakan untuk menjalankan aktiviti pembungkusan semula barangan berkenaan.

Hazani
Hazani

Sementara itu Pengarah KDNKA Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan serbuan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, lima individu telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung rampasan barangan terlibat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya