Kastam rampas rokok seludup bernilai RM5 juta

Mohd Nasir (tengah) menunjukkan rokok yang dirampas dalam sidang akhbar di Wisma Penguatkuasaan JKDM Zon Sabah, Kota Kinabalu.
Mohd Nasir (tengah) menunjukkan rokok yang dirampas dalam sidang akhbar di Wisma Penguatkuasaan JKDM Zon Sabah, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Tindakan penyeludup cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan menyembunyikan rokok di dalam sebuah rumah yang dijadikan stor gagal apabila Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menyerbu rumah berkenaan di Luyang pada Rabu lalu.

Dalam operasi jam 7 malam itu, JKDM Sabah berjaya merampas sebanyak 5.933 juta batang rokok bernilai lebih RM5 juta termasuk cukai bersama seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun.

Penolong Ketua Pengarah JKDM Zon Sabah, Mohd Nasir Deraman berkata, operasi itu dilakukan oleh Unit Operasi Penguatkuasaan dengan kerjasama Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA).

"Semua rokok yang dirampas dianggarkan bernilai RM1.186 juta manakala anggaran nilai cukai dan duti terlibat berjumlah RM4.034 juta.

"Suspek masih ditahan untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967," katanya pada sidang akhbar di Wisma Penguatkuasaan JKDM Zon Sabah, di sini, pada Jumaat.

Sehubungan itu, Mohd Nasir berkata, masyarakat digesa supaya membantu pihak JKDM dalam usaha memerangi jenayah penyeludupan khususnya membabitkan rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain.

"JKDM menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau hadir ke mana-mana pejabat JKDM yang terdekat.

"Pihak JKDM juga memberi jaminan, identiti pemberi maklumat adalah dirahsiakan," katanya.

Artikel Berkaitan: