Kilang haram kena serbu

MPK turut mendapati premis tersebut berada di kawasan zon bukan industri dan beroperasi tanpa lesen.
MPK turut mendapati premis tersebut berada di kawasan zon bukan industri dan beroperasi tanpa lesen.
A
A
A

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) berjaya mengesan tiga premis menjalankan aktiviti secara haram dalam operasi penguatkuasaan di Jalan Udang Tampang, Teluk Gong di sini.

Operasi dijalankan Jabatan Perlesenan dan Jabatan Penguatkuasa MPK itu turut mendapati premis tersebut berada di kawasan zon bukan industri dan beroperasi tanpa lesen.

MPK dalam satu kenyataan memaklumkan operasi itu dilakukan selepas menerima aduan dan mendapati tiga premis terbabit menjalankan aktiviti menyimpan perancah besi dan menyimpan kayu kayan serta gudang am.

Premis terbabit dikesan menjalankan aktiviti menyimpan perancah besi dan menyimpan kayu kayan serta gudang am.
Premis terbabit dikesan menjalankan aktiviti menyimpan perancah besi dan menyimpan kayu kayan serta gudang am.

"Semasa pemeriksaan, dua premis beroperasi manakala sebuah premis tutup dan kesemuanya tidak mempunyai lesen serta premis berada di kawasan zon bukan industri," kata kenyataan itu di laman Facebook MPK.

Menurut kenyataan, dua kompaun dan dua notis serta merta telah dikeluarkan pihak berkuasa tempatan itu di bawah UUK 3 PTPP(MPK) 2007 dan 1 kompaun di bawah UUK 7 Iklan (MPK) 2007.

Artikel Berkaitan: