Gempa bumi Maghribi: Tiada rakyat Malaysia terlibat

 Zambry - Foto Bernama Gambar kecil: Laporan Sinar Harian.
Zambry - Foto Bernama Gambar kecil: Laporan Sinar Harian.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Luar Negeri, Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian gempa bumi yang melanda Maghribi pada Sabtu.

Menerusi satu kenyataan pada Ahad, Zambry berkata, semua rakyat Malaysia yang berada di negara berkenaan berada dalam keadaan selamat.

“Saya mengikuti secara dekat perkembangan terkini keadaan gempa bumi yang berlaku di Marrakech, Maghribi pada 8 September 2023.

“Saya telah menghubungi Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Datuk Astanah Abdul Aziz bagi mendapatkan maklumat perkembangan terkini kejadian,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini media melaporkan, Maghribi telah berhadapan dengan bencana gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter sehingga mengakibatkan bangunan musnah dan penduduk bergegas keluar dari rumah untuk menyelamatkan nyawa.

Angka kematian akibat gempa kuat yang melanda Maghribi kini telah meningkat kepada lebih 2,000 dengan kemusnahan menyeluruh di beberapa kawasan.

Zambry berkata, beliau akan menghubungi rakan sejawatannya di Maghribi untuk mendapatkan maklumat terkini.

“Saya juga akan menghubungi rakan sejawatan saya, Menteri Hal Ehwal Luar Maghribi, Nasser Bourita bagi mendapatkan maklumat terkini bencana yang berlaku dan seterusnya menawarkan bentuk bantuan yang akan diperlukan sehingga kini.

Artikel Berkaitan:

“Salam takziah kepada Kerajaan Maghribi dan semua mangsa yang terlibat dalam bencana gempa bumi ini. Saya titipkan doa buat semua rakyat Maghribi,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Gempa bumi 7.0 skala Richter landa Maghribi

30 maut dalam gempa bumi di Maghribi

Angka korban gempa bumi Maghribi meningkat kepada 820