Angka kematian akibat gempa bumi Maghribi lepasi 2,800

Pasukan penyelamat mengusung mangsa di perkampungan Talat N'Yacoub di daerah al-Haouz di Maghribi . - Foto AFP
Pasukan penyelamat mengusung mangsa di perkampungan Talat N'Yacoub di daerah al-Haouz di Maghribi . - Foto AFP
A
A
A

RABAT - Angka kematian akibat gempa bumi kuat di Maghribi meningkat kepada 2,854 orang, menurut Kementerian Dalam Negeri negara itu pada Isnin.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan seramai 2,562 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi pada lewat Jumaat, lapor Agensi Anadolu.

Angka kematian akibat gempa bumi kuat di Maghribi meningkat kepada 2,854 orang pada Isnin. - Foto AFP
Angka kematian akibat gempa bumi kuat di Maghribi meningkat kepada 2,854 orang pada Isnin. - Foto AFP

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa pada kedalaman 18.5 kilometer, iaitu 75 kilometer (46.6 batu) barat daya Marrakech.

Kerosakan besar akibat gempa bumi itu dilaporkan di Marrakech, tapak Warisan Dunia UNESCO.

Pasukan penyelamat pada Isnin terus giat mengesan mangsa hilang yang terperangkap di bawah runtuhan.

Beberapa pasukan penyelamat asing telah pun tiba di negara ini untuk menyertai usaha menyelamat.

Maghribi setakat ini telah menerima tawaran bantuan daripada Sepanyol, UK, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu.

Artikel Berkaitan:

Pada hari Ahad, kerajaan Maghribi melancarkan akaun khas dengan perbendaharaan dan Bank Maghribi bagi menerima sumbangan untuk mangsa gempa. - Bernama-Anadolu