Li Shuai hilang tujuh gigi selepas berlaga dengan Syahmi

Insiden penghujung perlawanan membabitkan Li Shuai dan Syahmi semasa perlawanan Malaysia menentang China di Chengdu pada Sabtu.
Insiden penghujung perlawanan membabitkan Li Shuai dan Syahmi semasa perlawanan Malaysia menentang China di Chengdu pada Sabtu.
A
A
A

TONGGAK pertahanan China, Li Shuai yang mengalami kecederaan selepas pertembungan di udara dengan pemain negara, Syahmi Safari dalam perlawanan persahabatan di Stadium Phoenix Hill, Chengdu, China pada Sabtu dilaporkan stabil.

Menurut China Sports Vision 2050, pemeriksaan perubatan juga mendapati tulang belakang pemain berusia 28 tahun yang menyarung jersi kelab Liga Super China, Shanghai Port berada dalam keadaan baik.

"Laporan pemeriksaan perubatan mendapati tulang belakang Shuai berada dalam keadaan baik.

"Bagaimanapun pasukan perubatan terpaksa mencabut tujuh gigi Shuai akibat konkusi yang dialaminya berikutan pertembungan di udara tersebut," katanya.

Insiden separuh masa kedua berlaku selepas Shuai tidak sedarkan diri selepas berlaga dengan Syahmi pada minit ke-85, menyaksikan pemain itu kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Dalam perlawanan itu, Faisal Halim meletakkan Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon di depan hasil rembatan kencang selepas menyudahkan hantaran Akhyar Rashid pada minit ke-11.

The Dragon Team asuhan Aleksandar Jankovic kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi Li Liang Ming pada minit ke-36 seterusnya mengikat permainan 1-1.

Artikel Berkaitan: