Produk Go Shop 4 menu hanya 1 jam!

Cef Wan dan Akim menyediakan nasi kerabu, ayam percik, solok lada dan kuih akok hanya dalam masa satu jam.
Cef Wan dan Akim menyediakan nasi kerabu, ayam percik, solok lada dan kuih akok hanya dalam masa satu jam.
A
A
A

MEMORI Ramadan Cef Wan bersama pengacara Go Shop Shopping, Mohd Hakim Hassab Ashari atau Akim mengimbau masakan tradisional negeri Cik Siti Wan Kembang.

Nasi kerabu yang menjadi nadi menu masakan Kelantan digandingkan dengan ayam percik, solok lada dan kuih akok - dimasak pula menggunakan cara moden yang lebih mudah, cepat dan kekal lazat.

Seperti episod lalu, Cef Wan memilih Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail untuk mendapatkan bahan-bahan mentah bagi menyediakan empat menu bersama Akim. Saat mencari ulam-ulaman bagi menyediakan nasi kerabu, memori Akim dan Cef Wan mula terimbau.

Bak kata Cef Wan, bayangkan jika di kampung, sebut sahaja ulam-ulamannya, dengan mudah boleh dipetik di sekitar rumah.

Bagi menyediakan sajian tradisi Kelantan ini, Cef Wan dan Akim menggunakan Selamat Food Chopper dan Selamat Rice Cooker.

Memasak lebih mudah dan cepat

Cef Wan (kiri) dan Akim sedang menyediakan juadah.
Cef Wan (kiri) dan Akim sedang menyediakan juadah.

Artikel Berkaitan:

Walaupun mereka menyediakan empat resipi sekali gus, namun dengan menggunakan dua produk ‘ajaib’ daripada Go Shop segalanya menjadi lebih mudah dan cepat. Hidangan tersedia dalam masa sejam bersiaran.

“Kami memasak empat resipi dalam masa sejam sahaja. Menggunakan dua produk ini, memang sangat efektif. Ia mudah, tidak melekat, nasi tidak berkerak dan cepat masak.

“Pengalaman ini yang kita nak kongsi dengan suri rumah. Kita bantu mereka beli produk yang efektif untuk kegunaan Ramadan dan hari raya nanti,” kata Cef Wan.

Bagi Akim, memasak bukan perkara asing kerana mereka empat beradik yang kesemuanya lelaki sering membantu emak di dapur.

“Dulu-dulu, emak masak cara manual contohnya guna lesung untuk menumbuk. Bersama Cef Wan, saya memasak guna Selamat Food Chopper. Lagi senang dan cepat,” kata Akim yang teruja bergandingan dengan cef popular itu.

Usai memasak, hidangan dijamu kepada tetamu istimewa Akim iaitu ibu angkatnya Normela Mohammad yang dijemput ke studio.

Saksikan rancangan MEMORI CHEF WAN setiap Isnin dan Selasa yang memaparkan pelbagai resipi tradisional dimasak menggunakan peralatan Go Shop yang mudah dan ringkas di saluran Astro Ria (104 & 123) pada jam 2 petang & Go Shop (118 & 120) pada jam 10 malam mulai 6 Mei.

Untuk pembelian Set Shogun Twister Family, anda boleh klik di sini.

No Image Caption

Go Shop destinasi beli-belah 24 Jam nombor satu Malaysia. Hubungi talian Go Shop di 1800-82-0088, layari Go Shop atau muat turut aplikasi mudah alih Go Shop menerusi Google Play atau App Store untuk membuat tempahan sekarang!

Resipi Ayam Percik

Menu ayam percik yang siap dimasak.
Menu ayam percik yang siap dimasak.

Bahan-bahan:

1 liter santan (daripada sebiji kelapa parut & 1 liter air)

1 ekor ayam dibelah dua

10 batang serai diketuk

21/2 inci lengkuas dihiris nipis dan ketuk

1/2 helai daun kunyit diracik halus

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

Bahan pes rempah (kisar halus):

1 biji cili merah (buang biji)

4 biji bawah merah

3 ulas bawang putih

1 inci halia

1 inci kunyit hidup

10 biji buah keras

1 sudu teh halba

Cara menyediakan:

1. Masukkan pes rempah ke dalam periuk dan masukkan santan. Kacau hingga mendidih. Reneh hingga santan pecah minyak dan patinya terasing.

2. Masukkan ayam, serai dan lengkuas. Kacau perlahan hingga ayam bersalut pati kuah.

3. Masukkan garam dan gula, reneh selama 30 minit. Tambah air untuk elak ayam melekat tetapi pastikan air kering sedikit.

4. Keluarkan ayam dan bakar di atas bara atau ketuhar selama 10 minit. Tuang kuah ke atas ayam semasa membakar. Alihkan ayam di atas pinggan.

5. Masak semula kuah dengan api sederhana. Kacau sesekali hingga kuah pekat.

6. Untuk hidangan, sudukan kuah ke atas ayam. Hias bersama daun kunyit atau mengikut selera.